30 peratus warga AS sanggup mencuri akibat tekanan inflasi - Utusan Malaysia

30 peratus warga AS sanggup mencuri akibat tekanan inflasi

SEORANG pelanggan membeli-belah di sebuah kedai di Miami. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebanyak 30 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) mengaku pernah mencuri di kedai pada tahun ini. 

Ia meningkat berbanding 24 peratus pada 2024 dengan sebahagian besarnya menyalahkan tekanan kewangan akibat inflasi, menurut kajian baharu oleh laman kewangan LendingTree.

Kajian itu  meninjau 2,000 responden pada awal Jun.

Ia mendapati hampir 90 peratus daripada mereka yang mengaku mencuri menyenaraikan isu kemampuan dan keadaan ekonomi secara menyeluruh sebagai antara punca utama perbuatan tersebut dilakukan.

Kadar inflasi melonjak tahun ini terutamanya disebabkan krisis perang Iran yang memacu kenaikan mendadak harga minyak dan petrol. 

Menurut kajian itu, ia  me­nya­takan bahawa responden yang mengaku mencuri secara umumnya mengambil barangan keperluan harian.

“Dapatan ini menunjukkan kesan mendalam impak inflasi dan tekanan kewangan terhadap kebanyakan isi rumah,” kata Ketua Analis Kewangan Pengguna LendingTree, Matt Schulz, dalam satu kenyataan.

“Apabila masyarakat sanggup mengambil risiko dihukum demi barangan asas seperti makanan dan produk kebersihan diri, ia menjadi petanda jelas bahawa kebanyakan keluarga kini bergelut hebat semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup,” tambahnya.

Kajian itu mendapati rakyat AS mencuri pelbagai jenis barang keperluan harian,. Makanan dan minuman tidak beralkohol berada di tangga teratas barangan yang paling kerap dicuri.

Pakaian serta produk kebersihan diri masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga teratas pilihan pencuri kedai, menurut LendingTree. 

Selain itu, pengguna turut mencuri mainan, peranti tek­nologi dan elektronik dan kelengkapan persekolahan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN