23 hilang kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

17 hilang kapal Vietnam karam di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pasukan penyelamat sedang mencari 17 individu yang masih hilang selepas sebuah kapal kargo Vietnam membawa 62 orang karam di Laut China Selatan, lapor media kerajaan China pada Ahad.

Kapal kargo Khoi Nguyen 18 mengalami masalah berhampiran Terumbu Yongshu, yang turut dikenali sebagai Terumbu Fiery Cross, menurut penyiar negara CCTV. Laporan itu menyebut seramai 45 orang berjaya diselamatkan.

Agensi berita Xinhua melaporkan sebuah kapal penyelamat China terlebih dahulu mengesan isyarat kecemasan daripada kapal berkenaan yang berada dalam keadaan bahaya, tidak lama sebelum pukul 6.30 petang Sabtu (waktu tempatan).

Enam kapal China, sebuah helikopter penyelamat serta sebuah kapal Vietnam sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan itu, menurut Xinhua.

Menurut pihak berkuasa wilayah pulau Hainan, China, Khoi Nguyen 18 ialah kapal berdaftar Vietnam dengan panjang hampir 70 meter.

Kementerian Luar Vietnam bagaimanapun belum memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen daripada AFP.

Beijing mendakwa hampir keseluruhan kawasan Laut China Selatan sebagai wilayahnya, meskipun satu keputusan antarabangsa mendapati tuntutan berkenaan tidak mempunyai asas undang-undang.

Vietnam, bersama Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan, mempunyai tuntutan bertindih terhadap beberapa kawasan di laluan perairan sibuk itu, termasuk Kepulauan Spratly yang dipercayai memiliki rizab minyak dan gas yang besar.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN