Trump kecam undian undur tentera AS dari Iran - Utusan Malaysia

Trump kecam undian undur tentera AS dari Iran

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis mengecam undian di Dewan Perwakilan AS yang bertujuan mengarahkan pengunduran tentera Amerika daripada berperang dengan Iran.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tidak patriotik dan mengganggu rundingan dengan Teheran.

Trump berkata, undian yang sebahagian besarnya bersifat simbolik itu didakwa berlaku ketika rundingan terakhirnya untuk menamatkan perang dengan Republik Islam Iran.

“Siapa yang akan melakukan perkara tidak patriotik seperti itu? Mereka tahu kedudukan rundingan,” katanya dalam media sosial Truth Social miliknya.

Undian tersebut diluluskan dengan keputusan 215-208, apabila empat wakil rakyat parti Republikan menyertai Demokrat dalam menyokong usul itu dan kini dibawa ke Dewan Senat.

Ia merupakan kali pertama Dewan Perwakilan yang dikuasai Republikan meluluskan langkah untuk memaksa pentadbiran Trump mengurangkan operasi ketenteraan terhadap Teheran sejak perang bermula tiga bulan lalu.

Wakil-wakil rakyat Demokrat menuduh Trump melanggar perlembagaan kerana melancarkan serangan ke atas Iran bersama Israel pada akhir Februari tanpa kelulusan Kongres AS.

Berdasarkan Akta Kuasa Perang, presiden perlu mendapatkan kelulusan Kongres AS dalam tempoh 60 hari selepas menghantar tentera ke dalam konflik. 

Tempoh itu telah tamat beberapa minggu lalu dan Demokrat berkata, Trump kini melanggar undang-undang.

Trump membalas dengan menyatakan Demokrat lebih rela negara menjadi gagal daripada memberinya satu lagi kemenangan.

Beliau turut mengkritik wakil-wakil rakyat Republikan yang menyokong usul itu dan menyatakan mereka sepatutnya berasa malu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN