Senat AS sokong Trump dalam undian baharu berkaitan kuasa perang Iran

Senat AS sokong Trump dalam undian baharu berkaitan kuasa perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) menolak satu resolusi yang bertujuan mengehadkan kuasa Presiden, Donald Trump dalam mengendalikan perang dengan Iran, sekali gus dilihat sebagai perubahan pendirian selepas tekanan daripada pemimpin Republikan itu.

Langkah tersebut dibuat hanya sehari selepas Senat mengundi 50-48 untuk meluluskan resolusi yang menggesa perang dengan Iran ditamatkan, satu tamparan kepada Rumah Putih ketika pentadbiran Trump sedang berusaha merundingkan perjanjian jangka panjang dengan Teheran.

Walaupun begitu, resolusi berkenaan dianggap sebahagian besarnya bersifat simbolik dan mempunyai peluang yang tipis untuk mengehadkan kuasa eksekutif kerana Trump mempunyai kuasa veto sebagai presiden.

Trump mengkritik undian pada Selasa itu sebagai tidak kena pada masanya dan tidak bermakna, sambil mendakwa ia menyukarkan tugasnya.

Menurut laporan media AS, Trump turut memarahi beberapa ahli Parlimen Republikan dalam satu sesi makan tengah hari tertutup di Capitol Hill pada Rabu.

Beberapa jam kemudian, Senator Republikan, Rand Paul dan Bill Cassidy, yang sebelum ini menyokong usaha menyemak kuasa presiden dalam perang Iran, mengubah pendirian mereka dalam undian lewat Rabu dan menyebelahi Trump, lapor CNN.

Resolusi yang dibentangkan pada Rabu itu akhirnya ditolak dengan keputusan 50-47. Trump menyambut baik keputusan itu.

“Undian ini memberi amaran kepada Iran!” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Bagaimanapun, kekalahan resolusi tersebut tidak membatalkan atau mengubah keputusan undian yang diluluskan sehari sebelumnya.

Dalam pertemuan makan tengah hari bersama senator Republikan pada Rabu, Trump dilaporkan berada dalam keadaan sangat marah.

“Dia marah seperti tebuan yang diganggu sarangnya,” kata Senator, John Kennedy kepada The New York Times.

Beberapa peserta lain yang hadir memberitahu akhbar itu Trump turut meluahkan pelbagai rungutan dan ketidakpuasan hati sepanjang pertemuan tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×