Eksport senjata Israel capai paras tertinggi - Utusan Malaysia

Eksport senjata Israel capai paras tertinggi

GAMBAR fail sebuah kereta kebal yang digunakan oleh Israel. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Eksport senjata Israel mencapai paras tertinggi sepanjang masa bagi tahun kelima berturut-turut, mencecah lebih AS$19 bilion (RM75 bilion) pada 2025.

Menurut pengumuman Kementerian Pertahanan Israel pada Selasa, ia., didorong oleh permintaan terhadap sistem peluru berpandu, roket dan pertahanan udara.

Israel merupakan antara pengeksport senjata terbesar dunia.

Angkatan tenteranya telah berperang di beberapa medan sejak serangan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang di Gaza, termasuk menentang kumpulan bersenjata Hizbollah di Lubnan dan bersama Amerika Syarikat (AS) menentang musuh utamanya, Iran.

“Rekod eksport pertahanan Israel sekali lagi dipecahkan untuk tahun kelima berturut-turut, dengan nilai AS$19.2 bilion (RM76.1 bilion) pada 2025, peningkatan hampir 30 peratus berbanding tahun sebelumnya, lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun dan empat kali ganda dalam tempoh sedekad,” menurut kenyataan kementerian itu.

Kementerian itu berkata, sistem peluru berpandu, roket dan pertahanan udara merupakan eksport utama, menyumbang 29 peratus daripada keseluruhan perjanjian jualan.

Menurutnya lagi, peningkatan ketara turut direkodkan bagi sistem pemantauan dan optronik (gabungan teknologi optik dan elektronik).

Negara-negara Eropah membeli 36 peratus daripada jumlah eksport tersebut, manakala rantau Asia dan Pasifik menyumbang 32 peratus, manakala Asia Barat serta Afrika Utara merangkumi 15 peratus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN