SAO PAULO: Kerajaan Brazil mengesahkan bahawa satu hantaran amaran tanpa kebenaran yang mengandungi mesej misteri dan dihantar ke telefon bimbit di beberapa wilayah di seluruh negara pada pagi Sabtu disyaki merupakan perbuatan penggodam. Sejumlah telefon bimbit dilaporkan menerima mesej tertera perkataan ‘misantropi4’, iaitu ejaan alfanumerik bagi perkataan bahasa Portugis ‘misantropia’ yang membawa maksud kebencian terhadap umat manusia. Huruf terakhir ‘a’ dalam perkataan itu telah digantikan dengan angka ‘4’ iaitu satu…










