ROTTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Rob Jetten kelmarin secara rasmi memohon maaf atas layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap ribuan askar Maluku yang pernah berjuang untuk tentera kolonial Belanda ketika perang kemerdekaan Indonesia. Kira-kira 12,500 individu merangkumi anggota yang berkhidmat dalam Tentera Hindia Timur Diraja Belanda (KNIL) dan keluarga mereka berhijrah dari kepulauan Indonesia ke Belanda pada 1951. Kebanyakan daripada mereka tidak diberikan sebarang pilihan. Pada waktu itu, mereka menyangka perpindahan…










