Bekas menteri Britain sedia cabar Starmer 

Bekas menteri Britain sedia cabar Starmer 

WES STREETING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas Menteri Kesihatan Britain, Wes Streeting mengumumkan bersedia mencetus pertandingan pemilihan baharu Parti Buruh bagi menggantikan Perdana Menteri, Keir Starmer seawal minggu depan.

Beliau turut menggesa penamatan segera terhadap keadaan yang disifatkannya sebagai ketidaktentuan dan kelumpuhan dalam kerajaan.

Streeting, yang mendakwa mendapat sokongan 81 ahli Parlimen Parti Buruh yang diperlukan untuk mencetuskan cabaran kepimpinan memberitahu BBC Newsnight pemilihan itu wajar dimulakan secepat mungkin.

Parti Buruh ketika ini sedang menunggu keputusan pilihan raya tempatan di Makerfield pada Khamis bagi melihat sama ada Datuk Bandar Greater Manchester, Andy Burnham berjaya memenangi kerusi berkenaan dan kembali ke Parlimen. Jika berjaya, Burnham dijangka menjadi pencabar utama kepada Starmer.

“Saya fikir perdana menteri perlu diberi sedikit ruang dan masa untuk membuat pertimbangan sepanjang hujung minggu ini dan kita akan melihat kedudukan semasa selepas itu,” kata Streeting.

Starmer berulang kali menegaskan beliau akan mempertahankan jawatannya dan berpendapat pertandingan kepimpinan bukan langkah yang sesuai untuk negara ketika ini. Namun, Streeting tidak bersetuju.

“Kita tidak boleh terus berada dalam keadaan tidak menentu dan lumpuh seperti ini.

“Saya lebih suka perdana menteri membuat keputusan mengikut kehendaknya sendiri daripada membiarkan saya, Andy atau mana-mana pihak lain mencetuskan pertandingan kepimpinan,” katanya.

Streeting meletakkan jawatan bulan lalu sebagai tanda bantahan terhadap rekod pentadbiran Starmer, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa cabaran kepimpinan mungkin berlaku dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kedudukan Starmer turut berdepan tamparan besar selepas, Menteri Pertahanan Britain yang dihormati ramai, John Healey turut meletakkan jawatan minggu lalu.

Peletakan jawatan itu disertai kritikan keras terhadap rekod Starmer, khususnya berhubung peruntukan dana untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan negara.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×