Arab Saudi tamatkan larangan import Lubnan - Utusan Malaysia

Arab Saudi tamatkan larangan import Lubnan

ARAB Saudi akan membenarkan import barangan dari Lubnan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi pada Rabu mengumumkan penamatan larangan terhadap import dari Lubnan yang dikenakan sejak lima tahun lalu, sekali gus menandakan langkah pen­ting dalam usaha memulihkan hubungan dengan negara Te­luk.

Larangan tersebut sebelum ini dikenakan pada 2021 terhadap eksport buah dan sayur dari Lubnan selepas pihak berkuasa Arab Saudi mendakwa bahan itu digunakan untuk penyeludupan dadah. 

Dalam satu rampasan besar, Riyadh turut memaklumkan penemuan lebih lima juta pil dadah jenis amphetamine Captagon yang disembunyikan dalam penghantaran buah delima dari Lubnan.

Beberapa bulan kemudian, larangan diperluaskan kepada semua produk Lubnan selepas Menteri Penerangan ketika itu, George Kordahi, secara terbuka mengkritik perang Arab Saudi terhadap kumpulan yang disokong Iran di Yemen.

Hubungan tegang antara ke­dua-dua negara itu turut dipe­ngaruhi persaingan serantau Arab Saudi-Iran dan  kebimba­ngan Riyadh terhadap pengaruh Hizbollah yang disokong Teheran di Lubnan.

Larangan itu juga dikenakan ketika Lubnan sedang berdepan krisis ekonomi terburuk dalam sejarah moden, termasuk kejatuhan nilai mata wang dan ketidakstabilan kewangan yang berpanjangan.

Kementerian Luar Arab Saudi berkata, larangan import dari Lubnan ditarik balik atas arahan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman. Keputusan itu dibuat selepas Arab Saudi melihat terdapat ‘langkah-langkah positif’ yang diambil oleh kerajaan Lubnan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN