MOSCOW: Apple mengeluarkan aplikasi pemesejan Max milik Russia daripada App Store, menurut pembangun aplikasi tersebut pada Khamis. Moscow sejak beberapa bulan lalu menggalakkan rakyat Russia menggunakan Max, sebuah aplikasi super yang tidak mempunyai penyulitan dan dikritik oleh pihak tertentu kerana berpotensi digunakan untuk menjejaki pengguna. Pihak berkuasa Russia turut mengehadkan akses kepada WhatsApp dan Telegram, dua aplikasi pemesejan terbesar di negara itu, serta mewajibkan kakitangan awam, syarikat milik kerajaan, sekolah…










