Trump hubungi Taiwan bincang isu penjualan senjata - Utusan Malaysia

Trump hubungi Taiwan bincang isu penjualan senjata

SISTEM peluru berpandu Patriot milik Tentera Udara ditempatkan di sebuah taman di Taipei, tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan berbincang dengan pemimpin Taiwan, Lai Ching-te, berhubung kemungkinan penjualan senjata, langkah yang dilihat menyimpang daripada tradisi diplomatik.

Washington dan Taipei tidak mempunyai komunikasi langsung antara pemimpin sejak 1979, apabila AS memutuskan hubungan rasmi dengan Taiwan bagi mengiktiraf Beijing.

China menyatakan Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menuntutnya semula.

Ching-te, yang memegang jawatan sejak 2024, mengetuai salah satu usaha paling agresif dalam beberapa tahun untuk memperkukuh pertahanan pulau itu.

AS sebelum ini kekal komited menyokong pertahanan Taiwan dan diwajibkan oleh undang-undang untuk membekalkan keupayaan mempertahankan diri, namun pada masa sama berusaha mengekalkan keseimbangan hubungan dengan China.

Ketika ditanya mengenai rundingan awal sebelum keputusan penjualan senjata dibuat, Trump berkata, beliau akan bercakap dengan Ching-te dan ‘menguruskan isu Taiwan’ tanpa memberikan butiran lanjut.

Beliau turut memuji hubungannya dengan Jinping sebagai ‘hebat’, susulan sidang kemuncak dua hari di Beijing minggu lalu.

Pada 1979, AS meluluskan Akta Perhubungan Taiwan yang menyatakan Washington boleh menyediakan senjata bersifat pertahanan kepada Taiwan, yang menjadi asas kepada penjualan senjata berterusan kepada pulau itu.

Trump berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada untuk meluluskan pakej senjata bernilai AS$14 bilion (RM55 bilion) kepada Taiwan, yang dilaporkan merangkumi peralatan anti dron dan sistem peluru berpandu pertahanan udara. – BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN