Serangan terbesar Ukraine ke atas Moscow

Serangan terbesar Ukraine ke atas Moscow dalam tempoh lebih setahun

ukraine
SEBUAH dron dilancarkan dari lokasi yang tidak didedahkan di Ukraine pada 16 Mei lalu,. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh berhampiran Moscow selepas Ukraine melancarkan serangan menggunakan lebih 500 dron ke atas Russia hujung minggu lalu.

Menurut agensi berita TASS, serangan ke atas Moscow itu disifatkan sebagai ‘yang terbesar dalam tempoh lebih setahun’, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin.

Kejadian berlaku selepas gelombang besar serangan Russia awal minggu lalu yang menyasarkan ibu negara Ukraine, Kyiv, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan puluhan yang lain, menurut pihak berkuasa Ukraine.

Sepanjang malam hingga awal Ahad, seorang wanita maut selepas sebuah dron mengenai rumah persendirian di Khimki, bandar di barat laut ibu negara Russia itu, kata Sobyanin sambil menambah seorang lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Dua lelaki turut terbunuh di Mytishchi, timur laut Moscow, apabila serpihan dron terhempas ke atas sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan.

Sobyanin berkata, seramai 12 orang cedera di Moscow, termasuk pekerja pembinaan di sebuah loji penapisan minyak.

Kedutaan India di Russia memaklumkan, seorang rakyatnya terbunuh di wilayah Moscow akibat serangan dron itu, manakala tiga lagi rakyat negara itu cedera.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine pula berkata, tenteranya menyasarkan beberapa kemudahan di wilayah Moscow, termasuk dua fasiliti pengepaman minyak, sebuah kilang penapisan minyak serta loji ‘Angstrom’ yang membekalkan semikonduktor kepada kompleks industri ketenteraan Russia.

Kementerian Pertahanan Russia berkata, pihaknya berjaya memintas 556 dron Ukraine. Sobyanin turut memaklumkan sistem pertahanan udara menembak jatuh lebih 120 dron yang menuju ke Moscow dan kawasan sekitarnya. – CNN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN