Presiden Latvia minta ketua pembangkang jadi PM

Presiden Latvia minta ketua pembangkang jadi PM

EDGARS Rinkevics (kanan) menyerahkan arahan kepada Andris Kulbergs (kiri) membentuk Kabinet menteri baharu selepas bertemu semua fraksi dalam Saeima di Parlimen Latvia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIGA: Presiden Latvia, Edgars Rinkevics menyokong ahli politik pembangkang, Andris Kulbergs untuk menggantikan Evika Silina sebagai Perdana Menteri selepas peletakan jawatannya ekoran insiden melibatkan dron Ukraine.

Kulbergs, pemimpin pakatan parti kecil Pakatan Bersatu yang merupakan blok pembangkang terbesar di Parlimen Latvia, akan memegang jawatan perdana menteri itu sekiranya diluluskan oleh ahli Parlimen bersama barisan Kabinetnya.

“Memandangkan perkembangan mutakhir ini, saya fikir perdana menteri baharu perlu datang daripada parti pembangkang,” kata Rinkevics pada sidang media.

Minggu lalu, Silina memecat Menteri Pertahanannya, Andris Spruds selepas dua dron Ukraine tersasar masuk ke Latvia dari Russia dan meletup di sebuah kemudahan simpanan minyak.

Insiden itu merupakan kejadian terbaharu dalam siri pencerobohan dron yang berlaku di negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Latvia, Estonia dan Lithuania.

“Insiden dron itu jelas menunjukkan kepimpinan politik sektor pertahanan gagal menunaikan janji untuk memastikan ruang udara negara selamat,” kata Silina ketika menjelaskan pemecatan Spruds.

Beberapa hari kemudian, parti The Progresif yang merupakan rakan gabungan berhaluan kiri Silina menarik sokongan daripada kerajaan sehingga menyebabkan beliau kehilangan majoriti.

“Saya meletakkan jawatan, tetapi saya tidak menyerah kalah,” kata Silina dalam kenyataan yang disiarkan televisyen pada Khamis ketika mengumumkan peletakan jawatannya.

Silina memegang jawatan Perdana Menteri sejak 2023.

Rinkevics memilih Kulbergs selepas bertemu wakil semua parti di Parlimen, menurut laporan Reuters. – AGENSI.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN