Presiden Iran akui bertemu dengan Ayatollah Mojtaba Khamenei - Utusan Malaysia

Presiden Iran akui bertemu dengan Ayatollah Mojtaba Khamenei

MASOUD Pezeshkian mendedahkan bahawa beliau telah bertemu dengan Ayatollah Mojtaba Khamenei. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata pada Khamis bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Mojtaba Khamenei yang tidak pernah kelihatan di khalayak ramai sejak pelantikannya pada awal Mac.

Pezeshkian tidak menyatakan bila pertemuan itu berlaku.

“Apa yang paling menarik perhatian saya dalam pertemuan ini ialah visi serta pendekatan yang rendah hati dan ikhlas oleh pemimpin tertinggi revolusi Islam itu,” kata presiden tersebut dalam video yang disiarkan oleh televisyen negara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khamenei, yang cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada hari pertama perang Asia Barat pada 28 Februari yang turut meragut nyawa bapanya dan bekas pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, hanya mengeluarkan kenyataan bertulis sejak pelantikannya.

Bapanya yang berusia 86 tahun itu terbunuh selepas lebih tiga dekad memimpin republik Islam tersebut.

Ayatollah Ali sendiri pernah menggantikan pengasas republik itu, Ayatollah Ruhollah Khomeini, pada 1989.

Pelantikan Mojtaba oleh Majlis Ahli Pakar Iran, sebuah badan 88 anggota yang bertanggungjawab memilih pemimpin tertinggi, diumumkan oleh televisyen negara itu pada 9 Mac.

Sejak itu, potret lelaki berusia 56 tahun itu menjadi semakin meluas dilihat di jalan-jalan Iran, namun pemimpin baharu tersebut jarang muncul di khalayak umum, berbeza dengan bapanya yang sering tampil di khalayak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini