Pejabat Trump di Rumah Putih ditutup kerana lelaki bersenjata ditembak - Utusan Malaysia

Pejabat Trump di Rumah Putih ditutup kerana lelaki bersenjata ditembak

ANGGOTA pihak berkuasa berkawal di lokasi kejadian. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata ditembak oleh ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) di pusat bandar Washington pada Isnin, menurut pihak berkuasa, sehingga menyebabkan kawasan berhampiran Rumah Putih ditutup buat sementara waktu.

Timbalan pengarah agensi keselamatan itu, Matthew Quinn berkata, insiden tembakan berhampiran taman awam National Mall itu berlaku tidak lama selepas konvoi yang membawa Naib Presiden AS, JD Vance melalui kawasan tersebut.

Quinn memberitahu wartawan bahawa beliau tidak percaya naib presiden itu menjadi sasaran serangan.

Beliau tidak dapat membuat spekulasi sama ada kejadian itu berkaitan dengan cubaan terdahulu untuk membunuh Presiden Donald Trump.

“Saya tidak mahu membuat andaian mengenai perkara itu,” katanya. 

“Sama ada ia ditujukan kepada presiden atau tidak, saya tidak tahu, tetapi kami akan mengetahuinya,” tambahnya.

Quinn berkata, kejadian tembakan berlaku selepas ejen perkhidmatan itu mengenal pasti seorang individu mencurigakan yang dipercayai memiliki senjata api.

Lelaki itu melarikan diri dengan berjalan kaki selepas dihampiri ejen-ejen itu yang kemudian mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tembakan, kata Quinn.

Ejen perkhidmatan rahsia itu kemudian membalas tembakan dan mencederakan suspek. Dia dibawa ke hospital, namun keadaannya masih belum diketahui.

Quinn berkata, seorang orang awam yang juga remaja mengalami kecederaan ringan.

Insiden itu berlaku sedikit lebih seminggu selepas seorang lelaki bersenjata cuba menembusi kawalan keselamatan di sebuah hotel di Washington tempat Trump menghadiri satu acara.

Lelaki bersenjata itu, Cole Allen, 31, telah didakwa cuba membunuh Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×