Menteri Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

Menteri Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Israel bagi Hal Ehwal Negev dan Galilee, Yitzhak Wasserlauf menceroboh kawasan kompleks masjid Al-Aqsa Mosque di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki.

Tindakan biadap itu berlaku dua hari sebelum Israel memperingati ulang tahun pendudukan Baitulmuqaddis Timur pada 1967, menurut kalendar Ibrani.

Wasserlauf merupakan anggota parti sayap kanan Otzma Yehudit yang dipimpin oleh Menteri Keselamatan, Itamar Ben-Gvir.

Ben-Gvir dan Wasserlauf sebelum ini juga pernah menceroboh kawasan Al-Aqsa, mencetuskan kecaman daripada pihak Palestin dan negara Arab.

Organisasi sayap kanan Israel turut menyeru penyokong mereka untuk memasuki kawasan Al-Aqsa bagi memperingati pendudukan Israel ke atas bandar tersebut.

Mereka juga merancang perarakan bendera pada malam ini di Baitulmuqaddis Timur.

Israel menawan Baitulmaqdis Timur, termasuk kawasan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Pada 1980, Israel mengisytiharkan pengilhakan seluruh bandar itu, namun tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, seorang remaja Palestin terbunuh akibat tembakan Israel semasa serangan di bandar Sinjil dan Jiljilya di Tebing Barat yang diduduki, menurut pihak kesihatan dan sumber tempatan.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Yousef Ali Yousef Kaabneh, 16, terbunuh akibat tembakan berhampiran Jiljilya, di utara Ramallah.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pasukannya turut merawat seorang kanak-kanak dalam keadaan kritikal akibat luka di dada semasa serangan di Sinjil dan Jiljilya.

Organisasi itu berkata, empat lagi cedera dalam serbuan serentak di dua bandar tersebut, termasuk dua terkena tembakan dan dua lagi dipukul.

Saksi berkata, puluhan peneroka haram bersenjata, dilindungi oleh tentera, menyerang rumah-rumah rakyat Palestin di barat Sinjil dan Jiljilya.

Penduduk berkata, mereka berhadapan dengan kumpulan itu, yang turut mencuri kira-kira 700 ekor kambing dan peralatan pertanian.

Sejak Oktober 2023, serangan oleh tentera Israel dan peneroka haram mengorbankan 1,155 rakyat Palestin, mencederakan kira-kira 11,750 orang dan menyebabkan hampir 22,000 penahanan, menurut data rasmi Palestin.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN