Korea Utara berdepan kemarau teruk - Utusan Malaysia

Korea Utara berdepan kemarau teruk

PEKERJA di Korea Utara menumpukan usaha untuk melindungi tanaman awal daripada kesan kemarau.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara berdepan kemarau yang disifatkan sebagai luar biasa dan terburuk tahun ini ketika negara itu sedang berusaha melindungi semua tanamannya, menurut media rasmi semalam.

Bencana alam lazimnya memberi kesan besar kepada negara itu yang terasing secara diplomatik kerana infrastruktur dan ekonominya yang lemah.

Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Asasi Manusia di Korea Utara, Elizabeth Salmon berkata, sejak Februari, kekurangan makanan sudah menjadi kebimbangan utama.

“Cuaca kering yang luar biasa berlarutan di sebahagian besar negara, satu fenomena yang jarang dilihat pada tahun-tahun sebelumnya.

“Pekerja di pelbagai kawasan sedang menumpukan segala usaha untuk melindungi tanaman awal daripada kesan kemarau,”  kata agensi berita rasmi KCNA.

Dalam laporan berasingan, KCNA melaporkan, Perdana Menteri, Pak Thae-song menjalankan pemeriksaan di ladang-ladang di wilayah South Pyongan dan Hwanghae Utara bagi membincangkan langkah-langkah untuk meminimumkan kerosakan akibat kemarau.

Beliau menggesa supaya semua sumber air yang ada dikenal pasti dan digunakan secara efisien dan menyatakan kejayaan tuaian bergantung kepada keupayaan mengatasi kemarau teruk tahun ini.

Bandar dan daerah di Korea Utara turut menjalankan kerja-kerja pembaikan pada pintu takungan dan saluran air.

Pekerja juga melaksanakan langkah teknikal, meningkatkan daya tahan tanaman gandum dan barli terhadap kemarau serta berusaha memastikan pertumbuhan stabil tanaman awal musim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN