DUBAI: Sebuah kapal tangki dilaporkan terkena peluru atau projektil tidak dikenali berhampiran pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut agensi maritim Britain pada Isnin. Ia berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) berkata, ia akan mengiringi kapal-kapal melalui Selat Hormuz yang disekat. “Sebuah kapal tangki telah melaporkan terkena projektil tidak diketahui,” kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO). Menurut UKMTO, semua anak kapal berada dalam keadaan selamat. Kejadian itu berlaku 78 batu nautika…










