Jho Low mohon pengampunan Trump

Jho Low mohon pengampunan Trump

JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ahli kewangan Malaysia dalam buruan, Jho Low dilaporkan memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menurut laporan The Wall Street Journal pada Selasa.

Menurut Wall Street Journal, memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut, permohonan itu difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadapnya di AS.

Laporan itu turut menyebut laman web Jabatan Kehakiman AS menyenaraikan satu permohonan tertunggak bagi ‘Pengampunan selepas Menjalani Hukuman’ atas nama Low Taek Jho yang difailkan tahun ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih berkata, permohonan Low tidak berada dalam perhatian pihak Rumah Putih ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN