TEL AVIV: Sebuah mahkamah Israel pada Ahad melanjutkan penahanan selama dua hari terhadap dua aktivis asing daripada flotila menuju ke Gaza, menurut kumpulan hak asasi yang mewakili mereka. Mereka sebelum ini telah dibawa ke Israel untuk disoal siasat, kata kumpulan tersebut. Flotila yang terdiri daripada lebih 50 kapal itu belayar dari Perancis, Sepanyol dan Itali untuk memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta membawa bekalan ke wilayah Palestin yang musnah…










