Israel beli jet tempur AS berbilion dolar - Utusan Malaysia

Israel beli jet tempur AS berbilion dolar

PESAWAT Lockheed Martin F-35 terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Maktoum, Dubai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel pada Ahad meluluskan perjanjian bernilai berbilion dolar untuk memperoleh dua skuadron pesawat tempur dari Amerika Syarikat (AS) dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata. langkah itu akan mengukuhkan keunggulan udaranya.

Menurut Kementerian Pertahanan Israel, pembelian itu melibatkan satu skuadron pesawat tempur kalis radar pelbagai peranan F-35 keluaran Lockheed Martin dan satu lagi skuadron pesawat perang F-15IA keluaran Boeing.

Pelan itu bertujuan memastikan keunggulan udara Israel untuk beberapa dekad akan datang, kata Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, dalam satu kenyataan.

“Pemerolehan F-35 dan F-15IA adalah teras kepada pelan ‘Perlindungan Israel’, yang direka untuk memberikan IDF (Pasukan Pertahanan Israel) kelebihan kualitatif yang berkekalan,” katanya.

Lockheed Martin F-35 Lightning II, projek bersama antara Amerika dan beberapa sekutunya, merupakan antara pesawat tentera paling canggih di dunia. Israel ketika ini sudah mengendalikan banyak jet itu.

Netanyahu berkata, pembelian itu akan mengukuhkan keunggulan udara luar biasa Israel tetapi berikrar untuk mula membangunkan sendiri senjata dan jet tempurnya..

“Juruterbang kami boleh sampai ke mana sahaja di ruang udara Iran dan bersedia untuk berbuat demikian jika perlu,” katanya.

Pada kebiasaanya, sebuah skuadron penerbangan tentera biasanya terdiri daripada 12 hingga 24 pesawat. 

Perbelanjaan ketenteraan Israel meningkat secara berterusan sejak perang di Gaza bermula susulan serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN