Iraq enggan jadi pangkalan serangan serantau

Iraq enggan jadi pangkalan serangan serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Iraq tidak akan membenarkan wilayahnya dijadikan laluan atau pangkalan pelancaran serangan terhadap negara lain, kata seorang jurucakap tentera negara itu.

Bercakap kepada Agensi Berita Iraq (INA), jurucakap kepada pemerintah tertinggi angkatan bersenjata Iraq, Sabah al-Numan berkata, dasar Baghdad adalah untuk mengelakkan negara itu terjerumus dalam konflik serantau dan antarabangsa demi mengekalkan kestabilan dalam negeri.

Beliau berkata, usaha mengehadkan pemilikan senjata di bawah kawalan kerajaan kekal menjadi tonggak utama strategi keselamatan negara dan langkah penting untuk menamatkan aktiviti bersenjata di luar kerangka undang-undang.

Sementara itu, akhbar The New York Times melaporkan Israel membina dua tapak ketenteraan rahsia di kawasan gurun barat Iraq bagi menyokong operasi terhadap Iran.

Menurut laporan yang memetik pegawai Iraq dan pegawai serantau, satu daripada tapak yang baru didedahkan itu merupakan antara dua fasiliti sulit yang digunakan Israel secara berkala di Iraq selama lebih setahun.

Pegawai berkenaan berkata, tapak itu digunakan bagi sokongan udara, pengisian bahan api dan perkhidmatan perubatan sebelum memainkan peranan ketika perang selama 12 hari menentang Iran pada Jun 2025. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN