EgyptAir batal penerbangan bawa jemaah haji - Utusan Malaysia

EgyptAir batal penerbangan bawa jemaah haji

GAMBAR fail sebuah pesawat EgyptAir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Syarikat EgyptAir telah membatalkan penerbangan haji ke dan dari Mali yang sedang dilanda krisis dan memberi kesan langsung kepada lebih 4,000 orang, menurut badan pengurusan ibadah haji negara itu pada Sabtu.

Pembatalan itu berlaku ketika negara Afrika Barat tersebut berdepan situasi keselamatan yang kritikal dengan kumpulan pemisah dan jihad menyasarkan junta pemerintah autoritarian negara itu.

Serangan berskala besar terhadap beberapa kubu kuat junta hujung minggu lalu mengorbankan menteri pertahanan negara itu, manakala kumpulan jihad sejak itu mula menyekat beberapa laluan masuk ke ibu negara, Bamako.

Pembatalan penerbangan itu berpunca daripada perbezaan kos susulan kenaikan harga minyak tanah (kerosin), selain situasi keselamatan di Mali, kata badan kerajaan yang membantu rakyat Mali menyertai ibadah haji.

Sambil mengakui pembatalan itu menimbulkan kebimbangan dan kekeliruan, badan tersebut berkata perbincangan sedang dijalankan di peringkat tinggi bagi mencari penyelesaian segera.

“Semua persiapan sedang dibuat bagi memastikan para jemaah dapat berlepas dalam keadaan sebaik mungkin,” katanya.

Pembatalan itu menjejaskan hampir satu pertiga daripada keseluruhan kuota 13,323 jemaah haji yang diperuntukkan kepada Mali bagi musim haji 2026.

Jemaah dari seluruh dunia telah mula memasuki Arab Saudi, dengan ibadah haji dijadual bermula pada minggu terakhir Mei.

Semua umat Islam diwajibkan menunaikan haji di Mekah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup jika mereka berkemampuan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×