AS arah 51 kapal berpatah balik dari Pelabuhan Iran

AS arah 51 kapal berpatah balik dari Pelabuhan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMILTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan sebanyak 51 kapal yang cuba memasuki atau keluar dari pelabuhan Iran diarah berpatah balik atau kembali ke pelabuhan di bawah sekatan maritimnya.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak dua buah kapal berbanding 49 kapal yang dilaporkan sebelum ini.

“Setakat hari ini, 51 kapal telah diarahkan berpatah balik atau kembali ke pelabuhan bagi menghalang kapal komersial daripada memasuki atau meninggalkan Iran,” menurut kenyataan Markas Pusat AS (CENTCOM) menerusi platform X.

Menurut CENTCOM, seorang kelasi AS yang bertugas di atas kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Michael Murphy (DDG 112) dilihat memantau operasi penerbangan di Laut Arab ketika tentera Amerika menguatkuasakan sekatan berkenaan.

Sejak 13 April, AS menguatkuasakan sekatan maritim yang menyasarkan trafik maritim Iran di Selat Hormuz.

Tindakan itu sebagai tindak balas terhadap sekatan Iran ke atas laluan kapal melalui kawasan itu susulan peperangan yang bermula pada 28 Feb lepas, yang kini sedang ditangguhkan.

Sementara itu, Iran pula menubuhkan mekanisme baharu menerusi ‘Pihak Berkuasa Selat Teluk Parsi (PGSA) bagi tujuan memberi kelulusan kepada kapal yang ingin melalui laluan berkenaan.
untuk menguruskan transit kapal melalui Selat Hormuz, lapor Press TV.

Di bawah sistem baharu yang dilaksanakan, semua kapal yang ingin melalui selat itu akan menerima emel daripada PGSA yang menerangkan peraturan dan garis panduan laluan.

Kapal juga diwajibkan menyesuaikan operasi mereka mengikut rangka kerja tersebut serta mendapatkan permit transit sebelum melintasi Selat Hormuz, salah satu laluan penghantaran minyak kritikal dunia itu.

Iran turut memberi amaran kepada Tentera Laut AS supaya tidak memasuki selat tersebut dan menyatakan kapal komersial perlu menyelaras sebarang laluan dengan pihak tenteranya.

Ia juga mengeluarkan peta baharu selat itu dengan kawasan kawalan Iran yang diperluaskan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN