Arab Saudi sambut Hari Raya Aidiladha 27 Mei - Utusan Malaysia

Arab Saudi sambut Hari Raya Aidiladha 27 Mei

GAMBAR fail umat Islam bersolat sunat Hari Raya Aidiladha di depan Kaabah, Mekah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi akan disambut pada Rabu, 27 Mei selepas anak bulan Zulhijah kelihatan pada petang Ahad.

Penampakan anak bulan itu menandakan bermulanya bulan di mana ibadah haji dilaksanakan.

Kemuncak ibadah haji, iaitu Hari Arafah, akan berlangsung pada Selasa, 26 Mei.

Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima dan setiap umat Islam diwajibkan menunaikannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup jika mempunyai kemampuan fizikal dan kewangan.

Hari Raya Aidiladha, salah satu perayaan paling penting dalam Islam, memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan kepada Allah.

Namun, Allah menggantikannya dengan seekor kibas untuk dikorbankan.

Perayaan itu disambut dengan solat berjemaah, perhimpunan keluarga dan ibadah korban., Daging korban secara  diagihkan kepada saudara-mara, rakan-rakan dan golongan yang memerlukan.

Pengumuman itu dibuat ketika Arab Saudi meneruskan persiapan bagi musim haji 2026, dengan pihak berkuasa melaksanakan pelbagai pelan operasi bagi menguruskan kesesakan dan memudahkan pergerakan jemaah yang tiba dari seluruh dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN