CARACAS: Polis Venezuela melepaskan gas pemedih mata pada Khamis bagi menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan yang berarak menuju ke istana presiden bagi menuntut kenaikan gaji dan pencen. Berpuluh-puluh polis simpanan lengkap dengan topi keledar dan perisai berbaris di jalanan ketika penunjuk perasaan berarak melalui pusat bandar Caracas. Pihak polis mula melepaskan gas pemedih mata apabila kumpulan itu berada dalam jarak beberapa blok dari istana presiden. Seorang penunjuk perasaan dilaporkan mengalami…










