WASHINGTON: Pengarah Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Kash Patel, pada Isnin memfailkan saman fitnah terhadap sebuah majalah Amerika Syarikat (AS)yang melaporkan beliau kerap minum alkohol secara berlebihan dan berisiko kehilangan jawatannya. Patel menuntut ganti rugi sebanyak AS$250 juta (RM989 juta) daripada The Atlantic dan penulis artikel tersebut, Sarah Fitzpatrick, atas apa yang digambarkan dalam saman itu sebagai laporan serangan menyeluruh, berniat jahat dan berunsur fitnah. “Defendan sememangnya bebas untuk mengkritik kepimpinan…










