AMSTERDAM: Seorang wanita, Lara Peters memakai gaun pengantin terpakai yang baru dipakainya untuk majlis perkahwinannya di sebuah stesen kereta api paling sibuk di Belanda.
Peters, 42, menemui gaun itu dua hari sebelumnya di sebuah kedai yang dikendalikan oleh Free Fashion, sebuah yayasan Belanda yang memberi tumpuan kepada pakaianterpakai bagi mengurangkan pembaziran.
Dia dan suaminya yang berusia 44 tahun, Mathijs Dordregter, memilih kelestarian sebagai tema perkahwinan mereka dengan bantuan Free Fashion.
Organisasi itu berkata bahawa ia merupakan trend yang perlu diamalkan oleh orang ramai di seluruh dunia jika manusia mahu mengurangkan penggunaan berlebihan dan kesannya yang merosakkan bumi.
“Semasa perkahwinan anda juga boleh memilih pilihan yang lestari (dan) sangat penting bagi saya,” jelas pengantin perempuan itu.
Peters bekerja dalam bidang komunikasi untuk pembangunan lestari. Pilihan pasangan itu untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di tengah kesibukan stesen kereta api Utrecht mempunyai logiknya tersendiri.
Seorang wanita, Nina Reimert dari yayasan Free Fashion membantu mengatur acara tersebut.
“Kami tahu bahawa dari segi pelepasan karbon, menghasilkan satu gaun pengantin adalah bersamaan dengan kira-kira 250 kilometer perjalanan kereta,” katanya kepada AFP.










