ANKARA: Seorang ketua wilayah bagi parti pembangkang utama Turkiye ditahan pada Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, lapor media tempatan. Umit Erkol, yang merupakan Pengerusi Parti Rakyat Republikan (CHP) bagi cawangan wilayah Ankara, ditahan bersama lapan individu lain. Mereka ditahan berkaitan siasatan penyelewengan membabitkan kontrak antara perbandaran Izmir dan firma pembinaan Izbeton, lapor agensi berita T24 dan BirGun. Menurut pejabat pendakwa raya Izmir yang dipetik media tempatan, siasatan tersebut…










