JAKARTA: Agensi Narkotik Nasional (BNN) Indonesia mahu mengharamkan rokok elektronik atau vape di bawah undang-undang narkotik dan bahan psikotropik negara itu. Cadangan ini dibuat susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penyalahgunaan peranti tersebut sebagai medium pengambilan dadah. Ketua BNN, Suyudi Ario Seto, memaklumkan kepada ahli-ahli parlimen pada Selasa bahawa Indonesia kini sedang berhadapan dengan fenomena pengedaran bahan narkotik secara besar-besaran dalam bentuk cecair vape. Bagaimanapun, perincian mengenai bagaimana pengharaman tersebut…










