Imigran ditahan cuba masak daging kucing di taman permainan - Utusan Malaysia

Imigran ditahan cuba masak daging kucing di taman permainan

SEORANG imigran ditahan selepas cuba memasak daging kucing di Itali. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang imigran warga Nigeria ditahan selepas cuba memasak daging seekor kucing menggunakan unggun api buatan sendiri di sebuah taman permainan kanak-kanak di Itali, Selasa lalu.

Beberapa keping gambar tular menunjukkan lelaki tersebut yang memegang sebatang kayu sedang menyalakan api sambil mencangkung di sebelah bangkai haiwan berkenaan.

Ia berlaku  berhampiran gelongsor berwarna-warni di sebuah kawasan permainan di Sarzana, utara Itali.

Penduduk tempatan yang terkejut dengan kejadian itu segera melaporkannya kepada pihak polis. 

Menurut laporan media Itali, Citta della Spezia, lelaki berkenaan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia melakukan tindakan tersebut kerana terlalu lapar.

Unggun api berkenaan dilaporkan sudah terpadam sebaik sahaja pihak polis tiba di lokasi kejadian. Walaupun lelaki itu ditahan, pihak polis gagal mengesahkan sama ada haiwan tersebut dibunuh olehnya atau sudah pun mati sebelum cuba dimasak.

Disebabkan kekangan bukti, lelaki itu terlepas daripada pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan. 

Keputusan tersebut nyata mengundang kemarahan Datuk Bandar Sarzana, Cristina Ponzanelli, yang menyifatkan perbuatan itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Bagaimana mungkin individu yang jelas menunjukkan sikap tidak menghormati peraturan asas kehidupan bermasyarakat boleh terus bebas berkeliaran di seluruh Itali tanpa sebarang kesan nyata?” soal Ponzanelli.

Beliau menyatakan  bahawa keadaan sedemikian kini tidak lagi boleh diterima dan memerlukan tindakan yang lebih tegas daripada pihak berkuasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN