Bekas menteri luar Iran cedera serangan AS-Israel - Utusan Malaysia

Bekas menteri luar Iran cedera serangan AS-Israel

KAMAL Kharazi cedera akibat serangan di rumahnya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Bekas Menteri Luar Iran, Kamal Kharazi dilaporkan parah akibat serangan yang turut meragut nyawa isterinya, menurut media Iran.

Masih berkhidmat sebagai penasihat kerajaan, Kharazi telah ditemu bual kepada CNN beberapa minggu lalu.

Menurut akhbar Shargh, Etemad dan Ham Mihan, rumahnya di Teheran disasarkan pada Rabu dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel.

Beliau mengalami kecederaan serius dan dimasukkan ke hospital selepas serangan itu, kata laporan tersebut.

Kharazi pernah berkhidmat sebagai menteri luar dari 1997 hingga 2005 di bawah bekas presiden reformis, Mohammad Khatami.

Beliau juga  menjawat jawatan Ketua Majlis Strategik Hal Ehwal Luar.

Kharazi telah menjadi salah seorang penasihat kanan kepada bekas Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei yang terkorban dalam serangan AS-Israel pada hujung bulan Februari.

Beliau terus mengekalkan jawatannya selepas Pemimpin Tertinggi baru, Ayatollah Mojtaba Khamenei, memutuskan untuk mengekalkan pegawai-pegawai bapanya tanpa perubahan.

Sejak 28 Februari, AS dan Israel mengekalkan serangan udara ke atas Iran, yang telah mengakibatkan lebih 1,340 kematian, termasuk Khamenei, menurut pihak berkuasa Iran. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN