Trump bidas NATO tidak sertai perang Iran - Utusan Malaysia

Trump bidas NATO tidak sertai perang Iran

GAMBAR fail ibu pejabat NATO di Brussels, Belgium. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengecam negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kerana tidak menyertai perang terhadap Iran yang telah menggoncang Asia Barat.

“Kami tidak memerlukan mereka (NATO), tetapi saya tetap bertanya,” kata Trump semasa makan tengah hari peribadi dalam sebuah video yang seketika dimuat naik di saluran YouTube  Rumah Putih sebelum aksesnya disekat.

“Saya hubungi (Presiden) Perancis, (Emmanuel) Macron  yang isterinya memperlakukannya dengan sangat teruk. Masih pulih dari pukulan ke rahang (Macron),” kata Trump.

Beliau merujuk kepada video berita Mei 2025 yang kelihatan menunjukkan isteri presiden itu, Brigitte Macron menolak wajah suaminya itu semasa lawatan ke Vietnam.

Macron kemudian menyatakan video itu sebagai sebahagian daripada kempen maklumat palsu.

“Saya berkata, Emmanuel (Macron), kami ingin mendapat sedikit bantuan di Teluk walaupun kami mencatat rekod menumpaskan orang jahat dan peluru berpandu balistik. Kami ingin mendapat bantuan. Jika boleh, bolehkah anda segera menghantar kapal,’” sambung Trump.

Beliau kemudian menirukan aksen Perancis untuk menjawab jawapan Macron: “‘Tidak, tidak, tidak, kami tidak boleh lakukan itu, Donald (Trump). Kami boleh lakukan itu selepas perang dimenangi,’” katanya.

“Saya kata, tidak tidak. Saya tidak perlukan selepas perang dimenangi, Emmanuel,’” kata Trump.

“Jadi saya belajar tentang NATO.  NATO tidak akan ada jika kita pernah menghadapi yang besar, anda tahu maksud saya tentang yang besar,” katanya tanpa menghuraikan lanjut.

Beliau juga menamakan NATO sebagai harimau kertas, serangan terbaru oleh Trump dan pegawai utamanya terhadap pakatan transatlantik itu sejak beliau kembali ke Rumah Putih tahun lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN