Media Israel akui Iran menang perang - Utusan Malaysia

Media Israel akui Iran menang perang

PENDUDUK Iran berkumpul selepas gencatan senjata diumumkan di Teheran semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Media Israel menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran pada Selasa lalu sebagai penyerahan strategik dan satu kemenangan besar bagi Teheran, lapor laman berita The Palestine Chronicle semalam.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan penangguhan serangan selama dua minggu yang dikaitkan dengan pembukaan semula Selat Hormuz.

Namun, beberapa saluran media Israel memberi reaksi dengan kritikan yang luar biasa tajam terhadap pengumuman gencatan senjata itu, dengan menggambarkan hasilnya sebagai satu kekalahan dan bukan kejayaan diplomatik.

Ulasan di pelbagai media menyifatkan perjanjian tersebut sebagai satu konsesi yang dibuat di bawah tekanan.

Terdapat media menyatakan bahawa pihak Iran melakukan apa sahaja yang mereka mahu terhadap pentadbiran Trump  dan bahawa hasil itu bukan sahaja satu pencapaian Iran, malah satu kemenangan besar buat Teheran.

Saluran televisyen Channel 14 Israel secara terbuka mengkritik Trump  dengan mempersoalkan: “Dunia apa yang beliau hidup ketika mempromosikan perjanjian penyerahan diri sebagai satu pencapaian?”

Ia turut menambah bahawa apa yang paling membimbangkan ialah Israel tidak menafikan kegilaan ini.

Media Israel lain pula menyifatkan Trump sebagai seorang pemimpin lemah yang tidak mampu menahan tekanan.

Malah, terdapat media berkata bahawa pengumuman gencatan senjata  ketika peluru berpandu masih dilancarkan ke arah Israel mencerminkan satu keadaan seolah-olah mempermainkan rakyatnya.

Perang Iran berlaku pada 28 Februari lalu apabila AS dan Israel menyerang Iran. Ia mengakibatkan pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh dan beberapa komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran selain lebih 2,000 penduduk di Asia Barat turut terkorban termasuk askar AS . – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN