DUBAI: Mahkamah Dubai memerintahkan seorang wanita membayar pampasan berjumlah Dh421,848.38 (RM452,000) kepada bekas suaminya selain faedah undang-undang tahunan sebanyak lima peratus susulan pertikaian hak milik hartanah yang dibeli bersama semasa tempoh perkahwinan mereka. Kes ini melibatkan sebuah unit kediaman di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dibeli pasangan terbabit pada Januari 2017 dengan harga Dh1.45 juta (RM1.55 juta). Pembelian tersebut dibiayai melalui pinjaman perumahan berjumlah Dh1.05 juta (RM1.66 juta) dengan…










