Trump dakwa Iran sudah alami pertukaran rejim

Trump dakwa Iran sudah alami pertukaran rejim

TRUMP mendakwa serangan AS-Israel berjaya menyebabkan pertukaran rejim di Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata pada Ahad bahawa perang AS dan Israel terhadap Iran telah berjaya membawa kepada pertukaran rejim dan satu perjanjian dengan Teheran boleh dicapai tidak lama lagi.

Sementara itu, Iran melancarkan serangan ke atas Kuwait dan Arab Saudi selepas kemudahan elektrik Iran diserang, menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa bahagian Teheran dan kawasan sekitarnya.

Ketika Israel terus meningkatkan serangannya terhadap kumpulan Hizbollah yang disokong Iran di selatan Lubnan, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) berkata, seorang anggota pengaman terbunuh pada Ahad dan seorang lagi cedera parah akibat peluru yang mengenai mereka.

Menurut UNIFIL, pihaknya  masih belum mengetahui dari mana datangnya peluru itu dan sedang menjalankan siasatan.

Trump, merujuk kepada jumlah pemimpin Iran yang terbunuh sepanjang perang selama sebulan antara AS-Israel dan Iran berkata, pertukaran rejim telah pun berlaku dan kepimpinan baharu adalah jauh lebih munasabah.

“Kita telah mengalami pertukaran rejim,” katanya kepada wartawan di dalam pesawat rasmi presiden, Air Force One.

“Kita berurusan dengan orang yang berbeza daripada sesiapa yang pernah berurusan sebelum ini. Ini adalah kumpulan yang sama sekali berbeza. Jadi, saya anggap itu sebagai pertukaran rejim,” tambahnya.

Apabila ditanya sama ada perjanjian dengan Iran boleh dicapai minggu ini, Trump berkata: “Saya nampak satu perjanjian di Iran. Mungkin tidak lama lagi.”

Sementara itu, di Pakistan, kerajaan negara itu sedang berusaha memanfaatkan hubungannya dengan Teheran dan negara-negara Teluk untuk menjadi perantara rundingan damai.

“Pakistan amat gembira bahawa Iran dan Amerika telah menyatakan keyakinan mereka terhadap Pakistan untuk memudahkan rundingan ini,” kata Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar.

Namun, Speaker Parlimen Iran menuduh Washington menggunakan diplomasi sebagai helah atau tabir asap.

“Musuh secara terbuka menghantar mesej rundingan dan dialog, tetapi secara rahsia merancang serangan darat,” kata Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi IRNA.

“Pasukan kami sedang menunggu ketibaan tentera Amerika di darat untuk membakar mereka dan menghukum sekutu serantau mereka sekali dan untuk selamanya,” tambahnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN