Trump dakwa AS bom sasaran tentera Iran di Pulau Kharg

Trump dakwa AS bom sasaran tentera Iran di Pulau Kharg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom sasaran di Pulau Kharg, Iran, yang mengendalikan hampir semua eksport minyak mentah negara, sambil mengancam untuk menyerang infrastruktur minyak di pulau berkenaan.

“Komando Pusat AS melaksanakan satu serangan bom paling hebat dalam sejarah Asia Barat, dan memusnahkan sepenuhnya setiap sasaran tentera di permata mahkota Iran, Pulau Kharg.

“Saya memilih untuk tidak memusnahkan infrastruktur minyak di pulau itu. Namun sekiranya Iran atau mana-mana pihak mengganggu laluan bebas perkapalan melalui Selat Hormuz, saya akan mempertimbangkan semula tindakan segera,” kata Trump menerusi media sosial.

AS dan Israel dilaporkan berhati-hati di sekitar pulau tersebut, tetapi pegawai pentadbiran Trump berkata penguasaan Kharg merupakan satu daripada kemungkinan strategi jika konflik Asia Barat berlanjutan.

Pulau yang terletak kira-kira 30 kilometer (km) dari tanah besar Iran itu mengendalikan hampir 90 peratus eksport minyak mentah negara berkenaan, menurut nota terkini JP Morgan.

Sebarang tindakan ke atas wilayah itu, yang bersaiz kira-kira sepertiga daripada Manhattan, dijangka memberi kesan segera, kata pakar.

“Serangan terus akan segera menghentikan sebahagian besar eksport minyak mentah Iran, yang berkemungkinan mencetuskan pembalasan serius di Selat Hormuz atau terhadap infrastruktur tenaga serantau,” menurut JP Morgan.

Serangan Iran hampir menghentikan sepenuhnya laluan maritim di Selat Hormuz, yang biasanya dilalui satu per lima minyak mentah dan gas asli cecair global, dan turut menjejaskan infrastruktur minyak di negara Teluk lain.

Trump berkata pada Jumaat, Tentera Laut AS akan mula mengiringi kapal tangki melalui selat berkenaan dalam masa terdekat bagi memulihkan eksport minyak ketika beliau bergelut menangani kenaikan harga petrol di AS.

Pulau Kharg menyaksikan pembangunan penting semasa pengembangan industri minyak Iran pada 1960-an dan 1970-an, apabila sebahagian besar pesisir negara itu terlalu cetek untuk kapal tangki bersaiz besar (supertanker).- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN