ROM: Spesies ular anaconda, boa constrictor dan seekor buaya caiman ditemukan disembunyikan di sebalik dinding palsu dalam satu serbuan di selatan Itali pada Khamis, sehingga mencetuskan amaran bahawa reptilia berbahaya kini digunakan oleh penjenayah tempatan untuk mengugut mangsa. Pihak polis di Bari yang menjalankan serbuan di sebuah blok pangsapuri menemui haiwan eksotik dan berbahaya di dalam sebuah bilik rahsia di tingkat bawah tanah yang telah diubah suai menjadi kandang reptilia…











