NEW DELHI: Mahkamah Agung India telah mengharamkan sebuah buku teks sekolah selepas satu bab di dalamnya membuat rujukan mengenai amalan rasuah dalam badan kehakiman. Buku sains sosial yang telah disemak semula itu diterbitkan oleh Majlis Penyelidikan dan Latihan Pendidikan Kebangsaan (NCERT), yang bertanggungjawab merangka silibus dan buku teks untuk berjuta-juta pelajar sekolah di negara tersebut. Sebelum ini, selepas Ketua Hakim Negara, Surya Kant mengkritik buku itu dengan menyatakan bahawa ia…










