Iran sahkan kematian Khamenei, umum 40 hari berkabung

Iran sahkan kematian Khamenei, IRGC ikrar balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Televisyen rasmi Iran pada Ahad mengesahkan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kediamannya.

Seorang penyampai televisyen mengumumkan kematian Khamenei pada pukul 5.00 pagi (waktu tempatan), ketika saluran itu menyiarkan rakaman arkib dengan paparan jalur hitam sebagai tanda berkabung.

Khamenei, 86, memegang jawatan Pemimpin Tertinggi Iran sejak 1989.

“Kami telah kehilangan seorang pemimpin agung dan sedang meratapi pemergiannya, seorang pemimpin yang tiada tandingan dari segi kesucian jiwa, keteguhan iman, kebijaksanaan dalam urusan, keberanian berdepan pihak angkuh serta perjuangan di jalan Tuhan,” menurut kenyataan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Media rasmi Iran turut melaporkan Khamenei sedang melaksanakan tugas yang diamanahkan dan berada di tempat kerjanya ketika kejadian berlaku.

“Serangan pengecut ini berlaku pada awal pagi Sabtu,” lapor media negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Iran mengumumkan tempoh berkabung selama 40 hari serta tujuh hari cuti umum susulan kematian beliau.

IRGC turut berikrar akan mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang disifatkan sebagai ‘pembunuh Khamenei’.

IRGC turut mengumumkan operasi ketenteraan paling intensif yang menyasarkan Israel serta pangkalan tentera AS bakal dimulakan dalam masa terdekat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×