Iran dakwa 926 maut serangan AS-Israel

Iran dakwa 926 maut serangan AS-Israel

IMEJ satelit menunjukkan bangunan yang rosak di Kemudahan Nuklear Natanz, wilayah Isfahan pada 3 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 926 orang terbunuh dalam serangan bersama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran sejak 28 Februari lalu, umum Kementerian Kesihatan Iran pada Rabu, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap kementerian, Hossein Kermanpour berkata, seramai 6,186 orang cedera dalam serangan yang dilakukan antara Sabtu lalu hingga pukul  5 petang waktu tempatan pada 4 Mac.

Dalam satu kenyataan  di platform X, Kermanpour berkata, seramai 2,054 mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital, manakala 3,545 lagi dirawat dan dibenarkan pulang. 

Seramai 552 mangsa lain menerima rawatan di lokasi kejadian.

Beliau menambah bahawa 502 pembedahan telah dilakukan terhadap mangsa-mangsa  yang cedera setakat ini.

Kermanpour turut berkata,  seramai 180 daripada mereka yang terbunuh berusia bawah 18 tahun, termasuk tiga kanak-kanak berumur kurang lima tahun. 

Mangsa termuda yang terbunuh ialah seorang kanak-kanak berusia satu tahun di Teheran.

Dalam kalangan yang cedera, seramai 301 orang berusia bawah 18 tahun dan 39 orang berumur kurang daripada lima tahun. 

Mangsa termuda yang cedera ialah seorang bayi lelaki berusia enam bulan manakala tertua ialah seorang lelaki berusia 91 tahun.

Serangan ke atas Iran itu turut mengorbankankan  Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei dan beberapa pegawai kanan tentera. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN