Hezbollah lancar serangan roket, dron ke atas Israel - Utusan Malaysia

Hezbollah lancar serangan roket, dron ke atas Israel

ASAP menjulang akibat serangan Israel di al‑Qatrani, selatan Lubnan, 28 Februari lalu. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT – Kumpulan Hezbollah di Lubnan yang disokong Iran berkata pada Isnin bahawa ia telah melancarkan roket dan dron ke arah Israel pada waktu malam sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata ia melancarkan bedilan peluru berpandu dan kawanan dron ke arah Israel sebagai bagi membalas pembunuhan itu dan demi mempertahankan Lubnan serta rakyatnya.

Menurut kumpulan itu, ia juga  adalah sebagai tindak balas terhadap serangan berulang Israel ke atas Lubnan.

Bagaimanapun, Israel melancarkan serangan ke atas pinggir selatan Beirut pada Isnin, lapor media rasmi Lubnan.

“Pinggir selatan Beirut menjadi sasaran satu siri serangan Israel,” lapor agensi berita milik kerajaan, National News Agency.

Seorang wartawan AFP mendengar beberapa letupan kuat di Beirut.

Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, mengecam tembakan roket yang dilancarkan ke arah Israel pada Isnin, ketika tentera Israel melancarkan siri serangan di seluruh Lubnan sebagai tindak balas.

“Tanpa mengira siapa yang bertanggungjawab, tembakan roket dari selatan Lubnan adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan mencurigakan yang membahayakan keselamatan, kestabilan Lubnan serta memberi Israel alasan untuk meneruskan serangannya ke atas negara ini,” kata Salam di platform X. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN