BAKU: Sebuah dron yang dilancarkan dari wilayah Iran menghentam bangunan lapangan terbang di wilayah Nakhichevan sebelum meletup, lapor media tempatan Azerbaijan.
Sebelum itu pada Rabu, dua dron menyeberangi sempadan dari Iran, namun salah satu daripada dron itu terhempas ke lapangan terbang Nakhichevan, menurut laporan berita Report, tanpa memberikan butiran lanjut.
Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan asap memenuhi ruang udara dari kawasan lapangan terbang.
Berikutan insiden itu, guru dan pelajar dipindahkan dari sekolah-sekolah berhampiran lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga.
Penerbangan dari Lapangan Terbang Nakhichevan juga dilaporkan turut dibatalkan.
Azerbaijan dilaporkan memanggil duta Iran selepas dua orang cedera dalam serangan dron itu, menurut kementerian berkenaan.-AFP










