Arab Saudi nafi dakwaan hasut AS serang Iran

Arab Saudi nafi dakwaan hasut AS serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kedutaan Arab Saudi menafikan laporan terkini Washington Post yang mendakwa Riyadh secara peribadi mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyerang Iran dalam beberapa bulan lalu.

“Kerajaan Arab Saudi konsisten menyokong usaha diplomatik untuk mencapai perjanjian yang kukuh dengan Iran.

“Dalam semua komunikasi kami dengan pentadbiran Trump, kami tidak pernah mendesak Presiden untuk mengubah dasar,” jurucakap Kedutaan Arab Saudi di Washington, Fahad Nazer dalam hantaran di X.

Arab Saudi adalah antara negara Teluk yang berusaha mengelak konfrontasi ketenteraan di rantau ini dan secara terbuka menyatakan ia tidak akan menyertai sebarang potensi peperangan.

Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman memberitahu Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada panggilan telefon 26 Januari lalu yang kerajaan tidak akan membenarkan ruang udara atau wilayahnya digunakan untuk sebarang serangan ketenteraan ke atas Iran.

Namun, susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran, negara itu mula menembak secara rawak ke negara jiran.

Iran menyasarkan dan menyerang semua negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam tempoh 24 jam selepas apa yang digelar AS sebagai Operasi Epic Fury.

Operasi bersama AS-Israel itu setakat ini telah membunuh puluhan pegawai kanan Iran, termasuk pemimpin tertinggi mereka, Ayatollah Ali Khamenei.

Pada Ahad malam, AS, Arab Saudi, Bahrain, Jordan, Kuwait, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani kenyataan bersama mengecam Iran kerana menyasarkan negara dan orang awam di rantau ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN