Ahmadinejad masih hidup, terselamat cubaan bunuh

Ahmadinejad masih hidup, terselamat cubaan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dilaporkan masih hidup selepas satu cubaan membunuhnya dua hari lalu dilaporkan, menurut sumber yang dimaklumkan kepada Iran International.

Sumber berkenaan berkata, Ahmadinejad tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke lokasi yang selamat.

Pada hujung minggu lalu, ketika serangan Israel berlangsung, media Iran menyiarkan laporan yang bercanggah mengenai nasib Ahmadinejad, dengan beberapa laporan mendakwa beliau terbunuh manakala yang lain berkata, dakwaan itu tidak dapat disahkan.

Bekas presiden Iran itu juga dilaporkan selamat dan tidak cedera ketika serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang menyasarkan kepimpinan tertinggi serta infrastruktur ketenteraan Iran, menurut seorang pembantu rapat kepada Anadolu pada Ahad.

“Saya berhubung dengannya. Semuanya baik. Bangunan yang berkaitan dengan pasukan keselamatannya telah diserang semalaman.

“Tiga pengawal peribadinya yang juga anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) terbunuh. Kediaman beliau sendiri tidak terjejas dan tidak menjadi sasaran walaupun terletak kira-kira 100 meter dari bangunan tersebut,” tambah sumber itu.

Terdahulu, Ahmadinejad yang berkhidmat sebagai Presiden Iran dari 2005 hingga 2013 dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel-AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN