Wanita sorok mayat dua bayi dalam peti beku 

Wanita sorok mayat dua bayi dalam peti beku 

ANGGOTA polis berkawal di luar lokasi mayat dua bayi ditemukan dalam peti beku di sebuah kediaman di Aillevillers-et-Lyaumont, timur Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang wanita didakwa selepas mayat dua bayi ditemukan di dalam peti sejuk beku di kediamannya di timur Perancis.

Pendakwa Raya, Cedric Logelin berkata, wanita berusia 50 tahun itu didakwa lewat Khamis, sehari selepas ditangkap di pinggir barat Paris, Boulogne-Billancourt dan mengaku membekukan dua bayi tersebut selepas melahirkannya. 

Penemuan tragis itu berlaku selepas wanita tersebut, yang mempunyai sembilan anak hasil hubungannya dengan tiga lelaki berbeza bertindak meninggalkan rumah keluarga di bandar Aillevillers-et-Lyaumont pada Disember. 

Wanita itu meninggalkan empat anak berumur 14 hingga 20 tahun, bapa mereka dan seorang lagi anak daripada hubungan lain.

Pada Selasa, seorang ahli keluarga menemui mayat seorang bayi dalam peti sejuk. Selepas menerima laporan tersebut, pihak polis menemui mayat kedua dalam peti beku sama yang dibalut dalam beg.

Pasangannya yang turut ditahan, mendakwa tidak mengetahui tentang kehamilan itu.

Polis berkata, ibu berkenaan sering memakai pakaian longgar untuk menyembunyikan kehamilan daripada keluarga dan rakan-rakannya. Wanita itu juga tidak dapat menyatakan tarikh tepat kelahiran bayi-bayi itu, tetapi memberitahu mereka dilahirkan antara 2011 hingga 2018.

“Semasa soal siasat, dia kerap menangis dan mengakui berasa bersalah dengan anak-anak dan keluarganya,” kata pendakwa raya itu.

Bedah siasat dijalankan minggu ini untuk menentukan keadaan sebenar kematian bayi-bayi tersebut.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN