WELLINGTON: Hujan lebat dan angin kencang mengganggu penerbangan, kereta api dan feri selain memaksa penutupan jalan di sebahagian besar Pulau Utara New Zealand dan memutuskan bekalan elektrik kepada puluhan ribu pengguna. Media tempatan melaporkan beberapa penerbangan kembali beroperasi pada waktu petang dari lapangan terbang di Wellington, walaupun pembatalan masih meluas dengan sebahagian besar penerbangan pagi terganggu. Air New Zealand (AIR.NZ) berkata, pihaknya berharap dapat menyambung semula perkhidmatan apabila keadaan bertambah…










