Rakaman dedah UFO ‘lari’ dari buruan dron 

Rakaman dedah UFO ‘lari’ dari buruan dron 

SEBUAH UFO bergerak dengan kelajuan yang mustahil. - Foto Jeremy Corbell
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu rakaman video mengejutkan yang memaparkan objek terbang tidak dikenali (UFO) seolah-olah ‘melarikan diri’ daripada dron tentera Amerika Syarikat (AS) dengan kelajuan yang mustahil berjaya diperoleh daripada Pentagon. 

Pendedahan tersebut dibuat pada Selasa lalu oleh seorang wartawan penyiasat dan pembikin filem dokumentari, Jeremy Corbell.

Beliau  mendedahkan rakaman video itu memaparkan sebuah pesawat berbentuk seperti cendawan terbang di ruang udara wilayah Suwayda, Syria pada tahun 2021.

Dalam babak mirip filem sains fiksyen, kamera dron tersebut merakamkan objek berkenaan yang pada mulanya kelihatan terapung atau terbang pada kelajuan normal.

Ia kemudian  memecut secara drastik sehingga hampir menyamai kelajuan cahaya dan hilang daripada pandangan. 

Menurut Corbell dan rakannya, George Knapp, video itu dirakam oleh dron MQ-9 Reaper dan diperoleh daripada sumber dalam komuniti perisikan serta Pentagon. 

Mereka mendakwa ia merupakan bukti terbaharu mengenai pesawat bukan buatan manusia dibocorkan daripada ‘bilik kebal’ Jabatan Perang yang menyimpan rakaman ketenteraan berkaitan Fenomena  Udara Tidak Dikenali (UAP).

Secara rasmi, pihak Pentagon menyatakan bahawa setakat ini tiada sebarang bukti fizikal yang pernah dikumpul bagi mengesahkan kewujudan UFO atau hidupan di angkasa lepas. 

Rakaman video terbaharu itu memaparkan contoh jelas tentang apa yang disifatkan oleh Corbell dan Knapp sebagai  ‘tingkah laku pemerhatian’ pesawat bukan manusia, iaitu pecutan serta-merta. 

Objek itu seolah-olah menyedari ia sedang diperhatikan sebelum melakukan gerakan tidak menentu dan memecut sepantas kilat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×