GAZA: Ketika Ramadan bermula, rakyat Palestin di Gaza teruja meraikan bulan puasa dengan menghidupkan semula tradisi membuat kuih qatayef walaupun hanya menggunakan dapur kayu sementara. Kedatangan bulan Ramadan dimeriahkan dengan aroma pencuci mulut klasik Palestin ini yang kembali memenuhi pasar selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan. Di pasar Rafah di bandar Khan Younis, beberapa pemilik kedai cuba menghidupkan kembali perniagaan mereka dengan kembali menyalakan dapur kayu untuk membuat qatayef di…











