RAMALLAH: Kumpulan peneroka haram Yahudi bertindak melampau dengan membakar pintu masuk sebuah masjid dan menconteng dinding dengan slogan perkauman dalam kejadian di kampung Tel, Tebing Barat semalam. Memetik laporan agensi berita Anadolu, Kementerian Wakaf Palestin mengesahkan serangan khianat tersebut menyasarkan Masjid Abu Bakr Al-Siddiq yang terletak berhampiran bandar Nablus. Insiden ini merupakan sebahagian daripada siri keganasan yang semakin meningkat dilakukan oleh peneroka haram Yahudi terhadap penduduk Palestin sejak konflik di…










